Gempa bumi 6.2 magnitud di Sumba, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Foto: Facebook Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 5 Mei- Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 dikesan berlaku di Rantau Sumba, Indonesia pada pukul 2.44 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa dikesan pada koordinat 10.1 darjah Selatan dan 119.5 darjah Timur.
  • Kedalaman pusat gempa dianggarkan sekitar 10 kilometer.
  • Lokasi pusat gempa kira-kira 198 kilometer tenggara Bima, Indonesia.
  • Penilaian awal menyatakan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia; METMalaysia menjalankan pemantauan berterusan.

Gempa berkenaan berlaku pada koordinat 10.1 darjah Selatan dan 119.5 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

METMalaysia memaklumkan pusat gempa terletak kira-kira 198 kilometer tenggara dari Bima, Indonesia.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan agensi itu.

METMalaysia turut memaklumkan pemantauan berterusan sedang dijalankan bagi perkembangan lanjut situasi gempa berkenaan.