fb fb fb fb fb

Gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa 1 Februari tahun depan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Kerajaan komited dalam memastikan pendapatan rakyat ditingkatkan selaras dengan penstrukturan ekonomi yang mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kadar gaji minimum akan dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, majikan dengan kurang daripada lima pekerja diberi penangguhan selama enam bulan.

"Kadar gaji baharu ini hanya akan mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2025," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kementerian Sumber Manusia akan mengeluarkan garis panduan gaji permulaan bagi pelbagai sektor pekerjaan.

"Antara cadangan gaji permulaan tersebut adalah RM2,290 bagi juruteknik industri dan pengeluaran, RM3,380 bagi jurutera mekanikal, serta RM2,985 untuk profesional pereka kandungan kreatif," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN