fb fb fb fb fb

Gabungan ASEAN, GCC, China wakili KDNK AS$24.87 trilion & populasi 2.15 bilion

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (GCC)-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Mei- ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China secara kolektif mewakili gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak AS$24.87 trilion dan populasi kira-kira 2.15 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, skala kolektif itu menawarkan peluang yang luas untuk sinergi dalam pasaran, mendalami inovasi dan mempromosikan pelaburan di antara ketiga-tiga rantau tersebut.

Katanya, bagi mengukuhkan kerjasama dalam bidang tersebut, ASEAN, GCC dan China boleh meletakkan asas untuk pertumbuhan yang stabil, berdaya tahan dan mampan.

"Di sebalik cabaran ini, saya yakin ASEAN, GCC dan China boleh menggunakan sifat unik dan membentuk masa depan yang lebih berhubung, lebih berdaya tahan, dan lebih makmur untuk generasi akan datang", katanya.

Beliau berkata dalam ucapan perasmian Sidang Kemuncak ASEAN, GCC dan China yang bertema "Menyepadukan Peluang Ekonomi ke Arah Kemakmuran Bersama".

ROSLINA BINTI DIN