fb fb fb fb fb

'Fire Kitchen Abang Bomba' tawar harga makanan serendah RM0.50 sepinggan

ALOR SETAR, 3 September - Menjual mee, kuey teow dan bihun goreng dengan harga RM0.50 sepinggan antara tarikan kepada pengunjung di reruai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di perkarangan Stadium Darul Aman, di sini.

'Fire Kitchen Abang Bomba' menawarkan harga makanan murah, sentiasa menjadi perhatian sepanjang Jelajah AKM di negeri lain sebelum ini.

Dua anggota bomba bertindak selaku tukang masak manakala selebihnya membantu menyediakan bahan mentah selain mengendalikan dapur di trak berkenaan.

'Fire Kitchen Abang Bomba' turut memberi minuman percuma kepada pembeli.

"Resepi tidak juga istimewa, hanya masakan biasa. Saya masak mengikut cita rasa saya dan pengunjung suka, dan itulah yang saya hidangkan kepada pengunjung," kata tukang masak JBPM Selangor, Ramlan Yusof di sini.

(Pengunjung mengambil peluang bergambar dengan 'abang bomba sado')

Penolong Kanan Penguasa JBPM Selangor, Shaharil Mohamad Hassan berkata hasil jualan akan diserahkan kepada JBPM Kedah selaku tuan rumah dan harga jualan RM0.50 sepinggan bertujuan membolehkan orang ramai berpeluang membeli makanan dengan harga murah.

Turut menjadi perhatian pengunjung di reruia JBPM ialah 'Abang Bomba Sado' dan pengunjung berpeluang bergambar dengan jentera dan aset-aset bomba.

Turut dilancarkan kempen keselamatan kebakaran yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali.

Turut hadir Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon.

Media Baharu