KUALA LUMPUR, 28 Oktober - Filipina komited meneruskan kepengerusian ASEAN 2026 dengan fokus mengukuhkan keamanan serantau, dan memperkasa ekonomi.
Presidennya, Ferdinand Romualdez Marcos Jr turut beri jaminan persidangan itu akan dilaksana dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat ASEAN.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan Malaysia mengemudi ASEAN tahun ini.
"Malaysia telah membuktikan bahawa ASEAN mencapai kemajuan paling bermakna apabila visi digerakkan bersama pendekatan pragmatik dan berpaksikan kepentingan bersama.
"Filipina berasa amat berbesar hati untuk memikul tanggungjawab menerajui ASEAN pada tahun 2026. Kami komited meneruskan momentum yang telah dicapai dan melaksanakan Visi Komuniti ASEAN 2045 dengan tekad dan kesungguhan sejak tahun pertama pelaksanaannya," katanya selepas menerima Tukul Kepengerusian ASEAN 2026 dalam Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN 47 dan Sidang-Sidang berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Marcos Jr turut memberi jaminan bahawa Filipina akan meneruskan sokongan terhadap integrasi Timor-Leste ke dalam ASEAN serta memastikan mekanismenya kekal sebagai pusat dalam seni bina geopolitik rantau ini.
Filipina akan terus memperjuangkan keamanan, memartabatkan undang-undang antarabangsa serta meningkatkan kerjasama keselamatan bersempena ulang tahun ke-50 Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) pada 2026,