fb fb fb fb fb

Fahmi ucap 'Selamat Hari TV Sedunia'

Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 21 November- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan penghargaan kepada petugas di hadapan dan belakang tabir televisyen, sempena Hari TV Sedunia.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata petugas tersebut telah berkorban tenaga, masa, dan komitmen yang tidak terhingga untuk memastikan penyiaran berjalan lancar dan berkualiti.

"Hari ini adalah hari kita menghargai sumbangan tidak ternilai daripada semua petugas di hadapan dan belakang tabir televisyen.

"Setinggi-tinggi penghargaan buat kesemua tulang belakang yang menjayakan dunia penyiaran dengan rancangan menghiburkan, mendidik, dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

"Teruskan berinovasi dan memberikan yang terbaik kepada penonton di seluruh dunia.

"Selamat Hari TV Sedunia", katanya.

Hari Televisyen Sedunia disambut pada 21 November setiap tahun bagi memperingati Forum Televisyen Sedunia pertama, yang pernah diadakan pada tahun 1996.

 

ROSLINA BINTI DIN