BUKIT TINGGI, 23 Jun - Projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL disifatkan sebagai "game changer" yang bakal membawa limpahan manfaat khususnya kepada negeri di sepanjang jajarannya.
Dijangka siap pada 2027, ECRL, Keluarga Malaysia berpeluang menikmati perkhidmatan moden, selamat dan efisien ke Pantai Timur.
Terowong Berkembar Genting bakal menjadi terowong rel terpanjang rantau ini apabila siap sepenuhnya dalam masa tiga tahun.
Ia merupakan sebahagian Seksyen C Jajaran Utara ECRL, menghubungkan kawasan Bentong dan Terminal Bersepadu Gombak di Lembah Klang.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini merupakan komponen utama.
(Pelaksanaan projek yang melibatkan jajaran sepanjang 665 km dari Kelantan ke Selangor dengan kos pelaksanaan RM50.27 bilion)
"Pembinaan Terowong Berkembar Genting ini adalah antara komponen utama Projek ECRL kerana ia dapat melengkapkan jambatan darat atau "landbridge"
bagi pengangkutan kargo dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang," katanya.
Selain meningkatkan mobiliti rakyat, projek tersebut juga berhasrat memperkasa keupayaan bakat tempatan berkemahiran dalam industri rel.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pelbagai kekosongan jawatan dalam bidang pengurusan dan bukan pengurusan akan dapat diisi, serta memberi jaminan bahawa keperluan tenaga kerja tempatan akan meningkat.
"Bergerak ke hadapan dan mewujudkan tenaga kerja tempatan sehingga 70 peratus menjelang 2023," katanya di sini.
Projek yang menelan kos RM50.27 bilion ini dijangka siap sepenuhnya menjelang 2026 dengan tahap kemajuan projek siap 30 peratus setakat Mei.
Berkelajuan sehingga 160 km sejam, ECRL akan mengurangkan masa perjalanan dari Kota Bharu ke Lembah Klang dengan anggaran empat jam berbanding tujuh jam menggunakan jalan raya.
Secara tak langsung mengurangkan kesesakkan dan pencemaran selain menjana ekonomi setempat sepanjang jajarannya.
Berita berkaitan
Projek ECRL menyaksikan penglibatan lebih 1,500 syarikat
PM lancar mesin pengorek terowong Genting