KUALA KRAI, 1 DIsember- Dua lagi pusat permindahan sementara (PPS) di Kuala Krai ditutup menyaksikan kini 39 PPS beroperasi di Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Mazlan Mamat berkata ia berikutan keadaan banjir yang melanda jajahan tersebut masih terkawal dan faktor taburan hujan yang tidak terlalu banyak sejak semalam.
Katanya lagi, paras terkini air di Tangga Krai menurun berbanding semalam.
"Paras terkini di Tangga Krai pada bacaan paras 22.7 meter (m), terdahulu pada pukul 8 pagi tadi bacaan menunjukkan paras 23 m.
"Ini menunjukkan ada penurunan, bagaimanapun hujan masih turun manakala bacaan untuk Sungai Lebing pada 24.38 m dan Sungai Galas 33.38 m," katanya.
Beliau juga menasihatkan masarakat di Kuala Krai untuk terus menghubungi pihak berkuasa jika berlaku kenaikan air di kawasan rumah mereka.
Beliau berkata selepas meninjau paras air sungai kelantan di Tangga Krai.