fb fb fb fb fb

Dua pengarah syarikat direman berhubung kes rasuah dokumen palsu

GEORGE TOWN, 18 Julai - Dua pengarah syarikat direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan dokumen palsu, empat tahun lalu.

Perintah reman daripada Mahkamah George Town itu dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri, bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Masing-masing dua lelaki itu merupakan pengarah sebuah syarikat rokok serta syarikat berasaskan kesihatan.

Kedua-dua suspek yang berusia 49 tahun itu dikatakan terlibat dalam mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu pada 2019; berkaitan kerja-kerja reka bentuk kotak rokok yang bernilai lebih RM1.2 juta, sedangkan ia tidak dilaksanakan.

Mereka ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang kira-kira pukul 6.00 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan.

(Dua pengarah syarikat direman tiga hari)

Media Baharu