KUALA KRAI, 1 Jun - Dua pemandu jentera maut dalam kejadian berasingan di kawasan Ladang Dabong dan Ladang Bonanza, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, kejadian pertama berlaku pada pukul 2.50 petang di kilometer 27 Jalan Sungai Sam-Dabong, melibatkan seorang warga Thailand berusia 49 tahun.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang sedang bekerja di ladang tersebut memandu jengkaut di kawasan lereng bukit dipercayai gagal mengawal jentera sebelum tergelincir dan jatuh ke bawah cerun.
Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar dan dihempap jentera tersebut serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian kedua pula pada pukul 3.30 di kawasan Ladang Bonanza, Laloh membabitkan lelaki tempatan berusia 59 tahun maut selepas jentolak dipandunya tergelincir ke dalam gaung.
Beliau berkata, mangsa sedang melakukan kerja-kerja membuat teres namun jentera dipandu dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter.
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat tersepit dalam jentera tersebut.
Mayat kedua-dua pemandu jentera terbabit dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk dibedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.KUALA KRAI, 1 Jun - Dua pemandu jentera maut dalam kejadian berasingan di kawasan Ladang Dabong dan Ladang Bonanza, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, kejadian pertama berlaku pada pukul 2.50 petang di kilometer 27 Jalan Sungai Sam-Dabong, melibatkan seorang warga Thailand berusia 49 tahun.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang sedang bekerja di ladang tersebut memandu jengkaut di kawasan lereng bukit dipercayai gagal mengawal jentera sebelum tergelincir dan jatuh ke bawah cerun.
Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar dan dihempap jentera tersebut serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian kedua pula pada pukul 3.30 di kawasan Ladang Bonanza, Laloh membabitkan lelaki tempatan berusia 59 tahun maut selepas jentolak dipandunya tergelincir ke dalam gaung.
Beliau berkata, mangsa sedang melakukan kerja-kerja membuat teres namun jentera dipandu dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter.
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat tersepit dalam jentera tersebut.
Mayat kedua-dua pemandu jentera terbabit dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk dibedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dua pemandu jentera maut kemalangan di ladang
