fb fb fb fb fb

Tanah runtuh, dua lelaki cedera

(Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah runtuhan dilakukan anggota
dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah/FOTO JBPM Perak)

TAPAH, 15 Februari- Dua lelaki warga Myanma cedera selepas rumah pekerja didiami mereka dihempap pokok susulan tanah runtuh di Jalan Temoh Batu 3, dekat sini,  pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 6.45 petang itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan yang melanda kawasan berkenaan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 6.45petang, pada Selasa.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati tanah runtuh yang berlaku mengakibatkan sebatang pokok tumbang menghempap rumah mangsa.

(Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit
dalam runtuhan rumah/ FOTO JBPM)

"Kedua-dua mangsa berkenaan tersepit di bawah runtuhan itu. Anggota terpaksa mengalihkan serpihan. Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan mengalami kecederaan di bahagian kaki," katanya.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan lanjut.

Media Baharu