Dua kilang, sebuah asrama terbakar di Juru

Foto JBPM Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, 25 Mei – Tiga premis iaitu dua unit kilang lot berkembar dua tingkat serta sebuah asrama pekerja di kawasan Lorong Industri Ringan 4, Kawasan Industri Ringan Juru, di sini terbakar hampir 90 peratus.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tujuh individu berjaya menyelamatkan diri: pekerja Myanmar, Vietnam, dua tempatan dan tiga warga Nepal.
  • JBPM menerima panggilan kecemasan pukul 8.25 malam dan tiba 13 minit kemudian.
  • Operasi pemadaman dilakukan secara ofensif dan defensif untuk menghalang api daripada merebak.
  • Kebakaran dipadam sepenuhnya pada pukul 10.22 malam; operasi tamat 12.23 pagi dan kes diserahkan untuk siasatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis dalam kenyataan memaklumkan, seramai tujuh individu yang beradai di kawasan kejadian berjaya menyelamatkan diri.

“Sebaik tiba didapati, dua buah kilang pembuatan minuman kesihatan dan kabinet dapur lot berkembar dua tingkat dengan keluasan setiap unit dianggarkan 464.515 meter persegi serta asrama pekerja berkeluasan 55.74 meter persegi terbakar.

“Individu yang berada di kilang dan asrama tersebut berjaya menyelamatkan diri, terdiri daripada masing-masing seorang pekerja Myanmar dan Vietnam serta dua pekerja tempatan dan tiga pekerja warga Nepal,” menurut kenyatan itu.

Menurut John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.25 minit malam dan tiba di lokasi 13 minit kemudian. Operasi pemadaman dilakukan secara ofensif dan defensif bagi menghalang api daripada merebak ke premis berhampiran.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.22 minit malam sebelum kerja-kerja pemeriksaan dan pembersihan dijalankan bagi memastikan tiada lagi risiko kebakaran di lokasi.

Seramai 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, BBP Bandar Perda dan BBP Sungai Bakap terlibat dalam operasi pemadaman serta dibantu 17 Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS).
Antaranya PBS Juru, PBS Kampung Jawi dan PBS Permatang Pauh.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12.23 tengah malam tadi dan kes diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran untuk mengenal pasti punca serta nilai kerugian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.