fb fb fb fb fb

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap bersama 30 biji telurnya/APM

KUCHING, 18 Mac- Seekor ular sawa sepanjang hampir lima meter dan seberat kira-kira 50 kilogram bersama 30 biji telurnya ditemui di Kampung Tabuan Dani, di sini, malam tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS pada pukul 8.25 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Operasi menangkap reptilia itu mengambil masa hampir dua jam berikutan ruang sempit di bawah sebuah kenderaan terbiar menyukarkan pergerakan pasukan penyelamat.

APM memaklumkan ular sawa serta telur berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut.

1803 SARAWAK ULAR 50KG  2
FOTO APM

SITI AISHAH MD ISA