fb fb fb fb fb

Dr Dzulkefly kembali berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang kembali berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan kerana mempunyai pengalaman yang luas, selain untuk menangani pelbagai masalah yang terbeban di kementerian berkenaan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly telah meneliti sebahagiannya untuk memenuhi tuntutan rakyat dari segi mutu kesihatan lebih baik dan menitikberatkan soal transformasi kesihatan digital di negara ini.

"Saya sudah bersedia untuk berkhidmat. Saya sangat memahami dan sedar akan keperluan yang dikatakan 'fire fighting issues of accute care hospital base', patient care ini adalah penting dan perlu segera ditangani, disamping kemaslahatan dan kebajikan doktor-doktor kontrak, tetap dan juga yang lain farmasi dan keseluruhan pasukan, yang perlu saya atasi dengan waktu segera", katanya ketika ditemui media.

Beliau dipilih sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Dr Zaliha Mustafa yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Menteri Kesihatan ketika era pentadbiran Pakatan Harapan pada 2018, bagaimanapun, beliau digugurkan daripada jawatan berkenaan susulan perubahan kerajaan pada awal 2020.

1212 REAX STEVEN
(Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong)

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong akan mengaplikasikan pengalaman dari Kementerian Kewangan dalam kementerian baharu yang diterajuinya.

Ia khusus dalam pembentukan kerangka dan dasar pengurusan kewangan yang dilihat selari dengan Kementerian Sumber Manusia.

"Saya rasa amat sesuai sebab saya datang dari Kementerian Kewangan, di mana kita telah mempunyai beberapa kerangka dan dasar pengurusan kewangan fiskal untuk pembangunan negara, terutamanya dalam kerangka Ekonomi MADANI.

"Saya akan menggunakan pengalaman dan juga apa yang telah saya ikhtiar dari kewangan untuk digunakan pakai ketika berkhidmat dalam kementerian yang baru ini", katanya.

Beliau turut menjamin kebajikan pekerja, tahap produktiviti negara, pembangunan bakat selain melihat kembali peluang pekerjaan yang boleh diperkasa.

ROSLINA BINTI DIN