fb fb fb fb fb

Dokumentasikan semua aliran silat dalam usaha pastikan seni silat tidak hilang ditelan zaman

TEMERLOH, 3 Februari - Persatuan Silat Negeri Pahang digesa mendokumentasikan semua aliran silat khususnya di negeri itu agar tidak hilang ditelan zaman.

Bahan berkenaan boleh diterbitkan di bawah Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Pahang Al-Sultan Abdullah dibawah Perbadanan Muzium Pahang untuk tatapan generasi baharu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, pusat berkenaan mengalu-alukan pelbagai bahan berunsur sejarah, budaya dan ketamadunan negeri ini.

"Perbadanan Muzium Negeri Pahang, saya telah mencadangkan supaya pengerusi PUSAKA negeri untuk kita bukukan semua jenis silat yang ada di negeri Pahang ini kerana kalau tidak ianya akan ditelan zaman apabila guru tersebut telah tiada. Maka silat tersebut tak ada lagi, tak wujud lagi, jadi sebab itu kita harap supaya ianya dapat dibukukan dan diterbitkan dibawah Pusat Kajian Al-Sultan Abdullah ini," beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejuaraan Silat Olahraga Jemputan Kebangsaan 2021 Kali ke-3 anjuran Pertubuhan Silat Cekak Harimau Malaysia di Dewan One Touch Futsal Lurah Semantan.

Tambah beliau, peluang ini harus diambil segera bagi memastikan pengenalan seni silat ini dikekalkan keasliannya.

Media Baharu