fb fb fb fb fb

Doakan Belanjawan 2026 berjalan lancar - PM

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukan buku Tinjauan Fisikal semasa hadir ke Hari Tinjauan di Kementerian Kewangan/BERNAMA

PUTRAJAYA, 9 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar pembentangan Belanjawan 2026 esok, berjalan lancar.

Beliau meminta agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan segala urusan dilaksanakan dengan selamat dan dipermudah.

“Doakan semuanya selamat, insya-Allah," katanya selepas meninjau persiapan akhir pembentangan Belanjawan di Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Turut Hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri turut beramah mesra dengan petugas yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2026.

Seramai 320 orang terbabit terdiri daripada Bahagian Cukai, Fiskal dan Ekonomi, Antarabangsa, Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Bajet.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ