fb fb fb fb fb

Dijangka ribut petir di 11 negeri hari ini - MET Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Jun - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat 2.45 petang mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di 11 negeri hari ini sehingga 7 malam.

Negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak; Kelantan (Gua Musang) serta Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang da Dungun).

Sementera itu, di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Di Sarawak pula meliputi Sibu (Kanowit dan Selangau); Mukah (Mukah); Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong); Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di pedalaman Sabah pula, Sipitang, Beaufort dan Tambunan); Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu); Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Media Baharu