fb fb fb fb fb

Dialog awam beri peluang kanak-kanak beri pandangan isu buli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said / BERNAMA

BUKIT PALAH, 22 September - Kerajaan bercadang membuat sesi dialog awam atau townhall berkaitan tribunal antibuli bersama pelajar sekolah.

Ia bagi memberi peluang kepada golongan bawah umur itu menyuarakan pandangan secara terus mengenai gejala buli.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata usaha dilaksana bagi memastikan suara generasi muda tidak diketepikan.

Ini memandangkan mereka adalah kumpulan yang paling terkesan dengan isu buli.

“Mungkin kita akan buat bersama pesuruhjaya kanak kanak. Kita panggil kanak-kanak biar kita bercakap dan tanya pendapat mereka.

"Mungkin mereka mempunyai pandangan, cadangan ataupun kritikan.Kanak-anak hari ini begitu bijak, mungkin mereka akan memberi kita maklumat yang kita pun tak sedar sebagai orang dewasa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi Dialog Awam Tribunal Antibuli peringkat Melaka dan Negeri Sembilan di Auditorium Masjid Al-Azim, dekat sini.

Sesi berkenaan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO).

MOHAMAD KHAIRIE KHALID