fb fb fb fb fb

Pindaan RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan diluluskan

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Dewan Rakyat meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan dengan majoriti lebih dua pertiga.

RUU itu mendapat sokongan 206 Ahli Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata seorang Ahli Parlimen tidak menyokong rang undang-undang itu manakala 14 tidak hadir dan seorang wakil rakyat tidak mengundi kerana masih dalam penggantungan.

Pindaan itu antara lain memperuntukkan hak kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan dengan ibunya pada masa kelahiran tersebut merupakan seorang warganegara, untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara.

Trainee2