fb fb fb fb fb

Delegasi Saudi di Iran selepas perjanjian bersejarah

(Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan (kiri) dan Menteri Luar Iran Hossein
Amir-Abdollahian di Beijing pada Khamis/Agensi Akhbar Saudi/AFP)

RIYADH, 9 April- Delegasi Arab Saudi tiba di Tehran untuk membincangkan pembukaan semula misi diplomatik kerajaan di Iran, dua hari selepas pertemuan bersejarah di Beijing antara menteri luar kedua-dua negara.

"Delegasi diplomatik Saudi tiba di Iran untuk membincangkan pembukaan semula misinya selepas tujuh tahun tidak beroperasi," kata kementerian luar Riyadh. Agensi berita Saudi, SPA pula melaporkan, "delegasi teknikal Saudi bertemu Ketua Protokol Iran, Mehdi Honardoust di kementerian luar di sini.

Lawatan tersebut sebahagian daripada "pelaksanaan perjanjian tiga pihak" tajaan China yang dicapai pada 10 Mac antara dua kuasa serantau, untuk memulihkan hubungan yang terputus pada 2016.

Kedua-dua musuh lama Asia Barat itu kini berjanji untuk bekerjasama.

Dalam pertemuan di Beijing, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan dan rakan sejawatannya dari Iran, Hossein Amir-Abdollahian berikrar untuk membawa keselamatan dan kestabilan ke wilayah Teluk yang bergolak.

“Kedua-dua pihak menekankan kepentingan untuk mengambil tindakan susulan terhadap pelaksanaan Perjanjian Beijing dan pengaktifannya dalam cara yang meluaskan kepercayaan bersama dan bidang kerjasama serta membantu mewujudkan keselamatan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama. -AFP

(Putera Faisal bin Farhan dan rakan sejawatannya dari Iran, Hossein Amir-Abdollahian telah berikrar
untuk membawa keselamatan dan kestabilan di rantau Teluk yang bergolak/REUTERS)

Media Baharu