KUALA LUMPUR, 12 Disember - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan kewujudan Titah Adendum yang membenarkan beliau menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan bahawa isu tahanan rumah tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari 2024.
Mahkamah turut memutuskan Titah Adendum yang didakwa itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Berikutan keputusan tersebut, Datuk Seri Najib perlu meneruskan baki hukuman penjara di Penjara Kajang.
Dalam pada itu, peguam Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.