Datuk Seri Anwar perlu kekal PM hingga tamat penggal Parlimen

Foto RTM

PUTRAJAYA, 6 September – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Perdana Menteri untuk terus menerajui Kerajaan MADANI sehingga tamat tempoh penggal Parlimen.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
  • Tiada keperluan membubarkan Parlimen lebih awal; gunakan baki penggal untuk melaksanakan agenda reformasi.
  • Utamakan pindaan perlembagaan seperti pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta had tempoh jawatan Perdana Menteri, dan pembentangan Belanjawan 2027.

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke berkata, Datuk Seri Anwar masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Justeru katanya, tiada keperluan membubarkan Parlimen lebih awal dari tempoh penggal.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, berbaki kira-kira 15 bulan bagi tempoh penggal perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan agenda-agenda reformasi yang telah dipersetujui bersama berbanding memberi tumpuan kepada pilihan raya.

“Beberapa pindaan perlembagaan telah dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri iaitu pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang telah dibawa ke Parlimen dan melalui proses Jawatankuasa Pilihan Khas. Agenda reformasi yang menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun juga telah dipersetujui di Jemaah Menteri, malah pernah dibawa ke Parlimen.

“Jadi, ini dua perkara besar yang seharusnya menjadi tumpuan kerajaan dalam persidangan Parlimen akan datang, selain pembentangan Belanjawan 2027,” katanya lagi.

Beliau ditemui selepas merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.