Datuk Fahmi seru umat Islam istiqamah beribadah

Foto FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 17 Januari – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyeru umat Islam agar terus istiqamah dalam beribadah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fahmi Fadzil menyeru umat Islam untuk terus istiqamah dalam ibadah.
  • Peristiwa Israk dan Mikraj menekankan kepentingan solat sebagai tiang agama.
  • Pesan beliau disampaikan melalui hantaran di Facebook dengan ucapan Salam Israk & Mikraj.

Beliau berkata peristiwa Israk dan Mikraj mengajar umat Islam bahawa solat adalah tiang agama, serta penghubung antara hamba dan Pencipta.

“Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

“Salam Israk & Mikraj”, katanya menerusi hantaran di Facebook.