fb fb fb fb fb

DAP sokong prinsip kekal kerusi penyandang pada PRU akan datang

Anthony Loke Siew Fook/ BERNAMA

IPOH, 5 Oktober - DAP menyokong prinsip 'incumbency' (kekal kerusi penyandang) yang menjadi asas rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, prinsip itu penting bagi menjamin kestabilan politik dengan mengekalkan kerusi yang dimenangi parti masing-masing pada pilihan raya lalu.

Pendekatan berkenaan turut menjadi landasan kerjasama jangka panjang antara PH dan BN, termasuk pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Neger (DUN) Sabah.

"Ini merupakan prinsip asas yang telah dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), iaitu perlu mengikut prinsip 'incumbency'.

"Sekiranya sesuatu kerusi dimenangi oleh pihak mereka, maka Pakatan Harapan perlu menghormati bahawa kerusi tersebut akan ditandingi oleh rakan gabungan kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Perak kali ke-23 di sini.

Beliau menegaskan, mana-mana ahli DAP yang melompat parti akan hilang kelayakan serta-merta mengikut Akta Anti Lompat Parti, selaras dengan peruntukan dalam perlembagaan parti itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI