fb fb fb fb fb

Cubaan rempuh, Polis terpaksa lepaskan tembakan pertahankan diri

FOTO RTM

BUKIT MERTAJAM, 3 November- Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan selepas lelaki tersebut bertindak memecut kenderaannya dan melarikan diri dari Kulim sehingga ke Taman Bukit Indah di sini pada Khamis.

Ketua polis Daerah Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San berkata tembakan itu dilepaskan oleh anggota kereta peronda polis (MPV) Kulim bagi mempertahankan diri susulan suspek lelaki berusia 20an itu itu cuba merempuh kenderaan polis dalam kejadian pada pukul 9.30 malam.

Terdahulu, suspek yang mempunyai enam rekod lampau itu ditemui dalam keadaan mencurigakan berhampiran laluan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum anggota MPV memintanya memberhentikan kereta untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil semakan lanjut turut mendapati kereta yang dinaiki suspek itu dilaporkan hilang di Nibong Tebal pada hari sama.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.

Suspek direman tujuh hari bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah seksyen 307 kanun keseksaan kerana cubaan membunuh.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD