fb fb fb fb fb

Cubaan edar dadah lebih 10 kg guna khidmat kurier, dipatahkan

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 12 Jun- Cubaan mengedar dadah lebih 10 kilogram bernilai hampir RM1 juta, menggunakan khidmat kurier berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDMJ) Johor, 23 April lalu.

Pengarah Kastam Negeri Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, dua kotak mengandungi dadah jenis Morfin itu dirampas di Pusat Mel dan Kurier, Pos Laju Johor Bahru.

Dadah tersebut disyaki diseludup masuk dari Hong Kong ke alamat sebuah rumah di Pulai, Johor Bahru.

'Hasil pemeriksaan terhadap setiap kotak tersebut, pasukan telah menjumpai dua bungkusan gula-gula yang dilektakkan diatas satu botol putih yang mengandungi cecair berwarna hitam. Ujian dan saringan awal cecair hitam tersebut mendapati ianya positif dadah jenis Morfin,' katanya.

Usaha mengesan sindiket dan pemilik parcel sedang giat dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SITI NOORAIN ABDULLAH