fb fb fb fb fb

Cuaca panas, ada peningkatan penggunaan elektrik saran lebih berhemah - TNB

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 22 Jun-Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah sepanjang tempoh musim perayaan dan cuaca kering.

Menerusi satu kenyataan, TNB memaklumkan sejak April lalu, penggunaan tenaga elektrik dikesan menunjukkan peningkatan.

"Cuaca kering dialami negara dengan purata hujan rendah sejak April dan diramalkan berterusan hingga Ogos, ditambah pula dengan musim perayaan Hari Raya Puasa, telah meningkatkan penggunaan tenaga elektrik", menurut kenyataan itu lagi.

"Bagi mengawal penggunaan tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengajak para pengguna agar lebih peka terhadap kaedah penggunaan setiap perkakas elektrik secara optimum, sekali
gus mengelak penggunaan tenaga berlebihan", tambah kenyataan tersebut.

TNB turut mengingatkan rakyat berkaitan amalan penggunaan elektrik berhemah bagi pelbagai peralatan termasuk di ruang tamu, di dapur, di bilik tidur dan bilik mandi dapat membantu menjimatkan penggunaan dan mengelak pembaziran tenaga.

"Pengguna boleh melayari www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energysavingstips/tips-tricks untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan elektrik dengan bijak termasuk perkakasan seperti penyaman udara, kipas, lampu, mesin basuh, peti sejuk dan ketuhar gelombang serta bagaimana membuat pemilihan barangan elektrik yang cekap tenaga.

Di samping itu, TNB turut menyarankan agar memantau penggunaan elektrik di kediaman yang menggunakan meter pintar bagi mengelakkan pembaziran menerusi aplikasi dan portal my TNB.

"Para pengguna digalakkan memuat turunkan aplikasi myTNB dan mendaftarkan akaun TNB mereka, sama ada premis dipasang meter pintar atau tidak, agar dapat mengenalpasti jumlah
penggunaan elektrik secara bulanan, melihat sejarah penggunaan elektrik dan mudah menyemak bil elektrik agar pelarasan penggunaan tenaga dapat dibuat sebelum bil bulanan
dikeluarkan.

Maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan elektrik dengan bijak boleh didapati menghubungi dan laman sosial TNB.


(FOTO RTM)





Media Baharu