fb fb fb fb fb

Cheras catat IPU tidak sihat 152

(Dua kawasan melibatkan Cheras, Kuala Lumpur dan Seberang Jaya, Pulau Pinang
merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 12 tengah hari
pagi Isnin

KUALA LUMPUR, 17 April- Cheras mencatatkan bacaan Indeks pencemaran Udara ( IPU) tidak sihat iaitu 152, sementara Seberang Perai merekodkan bacaan 138 pada jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU di Cheras mencatatkan peningkatan bacaan tidak sihat dari 130 pada jam 12 tengah malam pada Ahad dan terus meningkat kepada 151 pada 3 pagi hingga 11 pagi ini sebelum catatan terkini 12 tengah hari meningkat kepada 152.

Seberang Jaya sebelum ini mencatatkan IPU 151  sehingga pukul 10 pagi ini sebelum turun kepada 143 pada 11 pagi dan 138 pada 12 tengah hari. sedikit tengah hari ini.

Kualiti udara di kedua-dua kawasan berkenaan kekal merekodkan bacaan tidak sihat sejak pukul 9 malam semalam.

(Pemandangan di kawasan Barat Daya George Town kabur berikutan keadaan jerebu akibat
cuaca panas yang melanda di negara ini/BERNAMA)

Menurut APIMS, kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana namun menghampiri tahap tidak sihat ialah Minden (96), Seberang Perai (94) dan Alor Setar (93)

Bacaan IPU antara 0-59 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh melayari laman web APIMS untuk mengetahui maklumat IPU semasa yang dikemas kini setiap jam.

Media Baharu