Cadangan SKN: Keperluan baharu perkukuh keharmonian negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Keperluan meneliti cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Negara (SKN) timbul susulan landskap sosial yang semakin kompleks.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peningkatan polemik di media sosial dan penyebaran maklumat pantas menimbulkan sensitiviti isu agama, kaum dan institusi diraja.
  • Dua sesi libat urus telah dijalankan melibatkan pertubuhan masyarakat sivil, agensi kerajaan, akademik dan pemimpin masyarakat.
  • Kementerian menegaskan cadangan SKN masih dalam penelitian awal; kerajaan belum membuat keputusan muktamad.
  • Cadangan SKN dicadangkan memberi tumpuan kepada mediasi, dialog, rekonsiliasi, pendidikan sosial, nasihat dasar, pemantauan sentimen dan pencegahan awal konflik.

Ia termasuk peningkatan polemik di media sosial, penyebaran maklumat yang pantas, serta sensitiviti isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata, dua sesi libat urus telah dilaksana, melibatkan pertubuhan masyarakat sivil, agensi kerajaan, pakar akademik, pemimpin masyarakat dan pelbagai pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan awal berhubung keperluan cadangan tersebut.

“Kementerian ingin menegaskan bahawa cadangan penubuhan SKN masih berada pada peringkat penelitian awal dan libat urus.

“Kerajaan belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai penubuhan suruhanjaya ini,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, cadangan suruhanjaya itu dilihat sebagai satu mekanisme yang berpotensi memberi tumpuan kepada fungsi mediasi, dialog, rekonsiliasi, pendidikan sosial, nasihat dasar, pemantauan sentimen serta pencegahan awal konflik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.