KUALA LUMPUR, 3 Februari- Cadangan pelaksanaan caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja bukan warganegara Malaysia untuk meningkatkan keadilan dalam pasaran buruh dengan memastikan perlindungan sosial bagi semua pekerja.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong memaklumkan pelaksanaan caruman mandatori tersebut dicadangkan sebanyak dua peratus untuk pekerja asing dan dipadankan dengan caruman dua peratus di pihak majikan.
"Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2024.
"Pelaksanaan caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing adalah dicadangkan sebanyak dua peratus untuk pekerja asing dan dipadankan dengan caruman dua peratus di pihak majikan," menurut kenyataan itu.
Kadar tersebut akan dikekalkan sehingga kajian selanjutnya pada masa hadapan dengan mengambil kira kesesuaian semasa, tambah kenyataan itu.
Bagaimanapun maklumat lanjut tentang pelaksanaan caruman mandatori ini akan diperincikan dalam mesyuarat jemaah menteri.
"Setelah itu, satu rang undang-undang bagi meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.
"Selaras dengan piawaian antarabangsa seperti ketetapan Artikel 68 Konvensyen 102, International Labor Organization (ILO) iaitu hak sama rata perlindungan sosial kepada individu bukan warganegara," menurut kenyataan itu.