fb fb fb fb fb

BUDI95: Inisiatif ringankan beban rakyat

Foto BERNAMA

KOTA LAKSAMANA, 27 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan kerajaan dalam menetapkan harga petrol RON95 perlu mengambil kira keseimbangan antara dasar ekonomi tulen dengan keperluan rakyat.

Penurunan harga RON95 menerusi inisiatif BUDI95 adalah bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menurut Datuk Seri Anwar, cadangan awal untuk menaikkan harga petrol sebelum memberikan suntikan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dilihat berisiko membebankan majoriti rakyat.

Sekiranya pendekatan itu dilaksanakan, dianggarkan lebih lima hingga enam juta penduduk Malaysia terpaksa menanggung harga tinggi sebanyak RM2.60 sen seliter.

"Sebab itu saya telah dibentang semula kepada Jemaah Menteri dikaji, kita ambil pendekatan yang paling berguna iaitu mengurangkan beban rakyat dengan membedakan di antara warganegara Malaysia dengan bukan warganegara.

"Jadi bukan warganegara yang daftar kenderaan Malaysia membayar RM2.60 dengan rakyat Malaysia RM1.99 dan kenderaan yang daftarnya di luar negara dia masih guna RON97, RM2.90. Itu pendekatan yang kita pilih.

"... dan tentunya apa juga pendekatan memang menimbulkan pandangan yang agak mungkin berbeda", ujar Datuk Seri Anwar.

Beliau berkata demikian pada Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 Pemain Industri Pelancongan dan Pembuatan bersama Perdana Menteri di sebuah hotel di Kota Laksamana, Melaka.

ROSLINA BINTI DIN