fb fb fb fb fb

Budaya 'orang tengah' perlu dihapuskan, kawal kos sara hidup

KUALA LUMPUR, 19 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar budaya 'orang tengah' dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat antara lain akibat kenaikan kadar inflasi.

Orang tengah, tegasnya merupakan pihak yang memerah keringat petani dan nelayan selain memanipulasi harga di pasaran.

Perdana Menteri berkata beliau sendiri pernah mengisytiharkan ‘jihad memerangi orang tengah’ pada 2014 ketika menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Jihad ini perlu diteruskan lagi oleh nafaz menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan seperti mewujudkan pusat pembelian padi yang telah kita lakukan, pusat pengumpulan buah- buahan, penambahan pasar tani serta pasar nelayan," jelasnya.

Datuk Seri Ismail Sabri memperincikan, inflasi makanan merupakan fenomena global akibat gangguan rantaian bekalan berpunca daripada pandemik COVID-19 yang mengekang kegiatan pertanian sekali gus mengurangkan eksport dan keadaan bertambah buruk apabila berlaku peperangan Rusia-Ukraine.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48, di ibu negara.)

Beliau turut menyuarakan kebimbangan jika peperangan itu berpanjangan, kesan lebih buruk terhadap input pertanian boleh berlaku seperti kenaikan harga baja, racun dan sebagainya.

"Peperangan ini memberi ancaman kepada penghantaran sebahagian tanaman ruji dunia sekali gus menyebabkan inflasi makanan menjadi semakin buruk. kebimbangan tidak cukup bekalan makanan merupakan isu global bukan sahaja di malaysia tetapi juga di seluruh dunia,

"Malaysia ketika ini mencatat kadar inflasi 2.2 peratus iaitu lebih rendah berbanding negara lain termasuk Amerika Syarikat (8.5 peratus), United Kingdom (7), Singapura (5.4), Australia (4.5) dan Indonesia (2.6),

"Masalah dihadapi Keluarga Peladang terutama dalam situasi dunia ketika ini, yang mengakibatkan peningkatan kos bahan mentah akan pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48, di ibu negara.

Masalah dihadapi Keluarga Peladang terutama dalam situasi dunia ketika ini, yang mengakibatkan peningkatan kos bahan mentah akan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.

Dalam masa sama, kerajaan mahu NAFAS dan Lembaga Pertubuhan Peladang melaksanakan anjakan paradigma bagi memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

Beliau berkata arahan sama diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan supaya menyediakan pelan jangka panjang dan pendek bagi mengelakkan berlaku krisis makanan di Malaysia.

Media Baharu