KUALA LUMPUR, 5 Mac- Pembekalan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi perlu dilaksana secara efisien dan holistik.
Menurut Pengarah Program MBA Putra Business School UPM, Profesor Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, ia memerlukan pemantauan serta penguatkuasaan yang bersepadu demi memastikan manfaatnya sampai kepada golongan sasar.
Ini sekali gus membanteras ketirisan subisidi yang boleh berlaku dalam rantaian bekalan berkenaan.
"Setiap kali berlaku pembelian, perlu dicatatkan rekod atau penggunaan MyKad supaya pemantauan dapat dilakukan. Kalau ada individu didapati membeli dua kampit selang seminggu dan sebagainya, kita boleh pastikan ia untuk keperluan sendiri atau pun sebenarnya membekalkan kepada kedai-kedai makanan.
Oleh itu, saya lihat langkah pemantauan harus diteruskan supaya inisiatif bekalan beras putih tempatan (BPT) sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukannyaa," kata Dr. Ahmed Razman kepada pemberita RTM secara eksklusif melalui video maya.
Meski bersifat jangka pendek, inisiatif itu perlu diperhalusi di peringkat awal.
Nada sama turut disuarakan Pensyarah Fakluti Industri Asas Tani, Profesor Madya Dr. Seri Intan Mokhtar, ia bagi memastikan bekalannya mampu memenuhi keperluan pengguna.
"Kita alami masalah sebab tanah pertanian berkurangan. Kita kena lihat kitaran tanaman padi ada beberapa aspek termasuk pengairan, benih, baja, pemprosen dan sebagainya.
Rantaian ini ada kos tertentu, ketirisan di mana rantaian ini akan menyebabkan harga padi dan beras naik," kata Dr. Seri Intan kepada RTM.