fb fb fb fb fb

Bomba Sarawak semak tahap pematuhan pencegahan kebakaran di premis sekitar Kuching

Mohamad Fauzi Mohamat Kifli membuat pemeriksaan di salah sebuah premis

KUCHING, 15 Jun- Bomba Sarawak turun padang sekitar Kuching semalam bagi memastikan tahap pematuhan cegah bakar premis mencapai tahap optimum.

Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Mohamad Fauzi Mohamat Kifli berkata pemeriksaan berkala itu bagi menetapkan dasar keselamatan kebakaran dan mempastikan perlaksanaannya mengikut undang-undang yang berkaitan.

"JBPM merekodkan sejumlah 1,633 pemeriksaan telah dijalankan meliputi 71 peratus daripada sasaran yang ditetapkan setakat bulan Mei tahun ini.

"Penguatkuasaan Pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran ini mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Akta 341 bawah peruntukan perakuan bomba dan menghapuskan bahaya kebakaran,"katanya.

Pemeriksaan berkenaan melibatkan blok-blok dan bangunan lama di sekitar bandaraya Kuching termasuk kawasan Padungan dan Ang Cheng Ho.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE