KUALA LUMPUR, 21 Julai- Agenda pembelaan perumahan dan kediaman veteran antara yang akan diberi tumpuan menerusi pelaksanaan Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan
(MINDEF) yang baru dilancarkan minggu lalu.
Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pengenalan Blueprint tersebut akan memberi lebih banyak manfaat kepada warga veteran menerusi empat program utama yang dilaksana di bawah inisiatif tersebut.
Antaranya adalah program selenggara dan naik taraf, pembinaan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan tentera (RMKAT), rumah mampu milik dan inisiatif perumahan veteran ATM.
"Tetapi insya-Allah dengan termaktubnya agenda pembelaan veteran dalam konteks perumahan di bawah Blueprint yang ketiga insya-Allah kita akan pikirkan mungkin perkara-perkara yang sebelum ni tak dipikirkan. Contohnya saya tak sempat nak jawab dalam jawapan asal tadi kerjasama dengan agensi-agensi dan kementerian lain di mana KPKT merupakan kementerian yang paling awal tampil ke depan dan MINDEF sedang berinterkasi dengan mereka," beliau menjawab pertanyaan tambahan wakil Sungai Siput, Kesavan Subramanian.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Berita berkaitan
Blueprint Perumahan 3.0 sasar pembinaan 12,733 RKMAT
Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan 3.0 perluas inisiatif RKMAT
Blueprint Perumahan 3.0 MINDEF menyasarkan pembinaan 12,733 RKMAT baharu melalui lima fasa, bermula tahun hadapan hingga 2030.
Ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai usaha memperjuangkan kebajikan anggota dan veteran ATM.