fb fb fb fb fb

Bilangan penduduk terjejas banjir di Pahang masih sama

Situasi banjir di Pahang

PEKAN, 8 Januari - Setakat pukul 7.00 malam tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang kekal 1,391 orang daripada 383 keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Rompin, Maran dan Pekan.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, penduduk paling ramai dipindahkan adalah di daerah Rompin iaitu 620 orang yang ditempatkan di 10 PPS yang dibuka.

"Diikuti daerah Maran (478 orang) dan Rompin (293 orang), dengan lapan PPS dibuka di kedua-dua daerah berkenaan," kata portal itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap WASPADA berlaku di daerah Pekan dan Rompin, Pahang berkuat kuasa hingga esok.

TETITIA YUSOFF