fb fb fb fb fb

Bijak layari internet semasa musim perayaan - Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 10 April- Orang ramai disaran untuk sentiasa bijak dalam melayari internet semasa musim perayaan dalam berkongsi kegembiraan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ia bukan sahaja dapat menjaga keharmonian negara, malah menunjukkan pemikiran masyarakat yang berada pada kelas tersendiri.

"Malaysia antara negara yang mempunyai kelajuan internet ketiga tertinggi di dunia. Banyak yang boleh dimanfaatkan kalau kita saling memahami, bersikap toleransi."

"Saya rasa ini dapat kita saksikan sendiri dalam suasana Aidilfitri dan perayaan-perayaan yang lain di dalam negara," kata Fahmi kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitiri di Istana Negara.

Sikap toleransi dan memahami sesama sendiri menjadi aspek penting kemajuan negara seiring dengan capaian internet yang dimiliki Malaysia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM