fb fb fb fb fb

Bicara kes pengubahan wang haram dana SRC RM27 juta terhadap Najib bermula September

Najib Razak (tengah) hadir di Mahkamah Tinggi hari ini

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Mahkamah Tinggi di sini menetapkan lima hari pada September depan untuk mendengar tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih mempertimbangkan surat representasi yang dihantar bekas perdana menteri itu pada Ogos lepas.

Pada permulaan prosiding, Mohd Ashrof memaklumkan kepada hakim bahawa pihak pendakwaan masih memerlukan masa untuk mempertimbangkan representasi.

Justeru, beliau memohon tarikh lain untuk pengurusan kes.

Mahkamah kemudian menetapkan 17, 18, 19, 23 dan 24 September untuk mendengar kes itu.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang kerana penyelewengan dana SRC menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

SITI AISHAH BINTI MD ISA