Berita baik Aidilfitri dari PM dalam masa terdekat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Mac -Beberapa lagi berita baik bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk rakyat menjelang sambutan Aidilfitri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 bermula esok.
  • Penyaluran Bantuan Khas Kewangan 2026 untuk penjawat awam, pesara dan veteran.
  • Peluasan Program Jualan Rahmah MADANI ke seluruh negara.
  • Peluasan inisiatif subsidi tiket penerbangan FlySiswa.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, langkah itu dirangka bagi memastikan rakyat dapat membuat persiapan Aidilfitri,sekali gus meringankan beban rakyat dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.

“Pejabat Perdana Menteri berharap segala bantuan, ikhtiar, serta langkah yang diumumkan ini dapat memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup dan membuat persiapan menjelang
sambutan Aidilfitri.

“Kerajaan MADANI akan terus berusaha sedaya upaya memastikan kebajikanrakyat sentiasa menjadi keutamaan, selaras dengan tekad untuk membinasebuah negara yang lebih adil, sejahtera dan berperikemanusiaan ” katanya semasa taklimat media Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi Facebook.

Tambahnya, pagi tadi, Perdana Menteri telah mengumumkan tujuh langkah intervensi segera kerajaan MADANI bagi meringankan beban rakyat menjelang Syawal.

Antara langkah diumumkan ialah pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bermula esok, penyaluran Bantuan Khas Kewangan 2026 melibatkan penjawat awam, pesara dan veteran, peluasan siri Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara serta peluasan inisiatif subsidi tiket penerbangan FlySiswa.