fb fb fb fb fb

Bengkel Penulis Cilik, asah bakat muda berkarya

PUTRAJAYA, 29 Oktober- Bengkel Penulisan Cerpen (Penulis Cilik) akan dilaksanakan ke seluruh negara selepas projek rintis yang dilaksanakan di Kelantan menerima sambutan yang baik.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, menerusi Bengkel di Kelantan itu, satu Antologi Cerpen Penulis Cilik: Semanis Jala Mas berjaya diterbitkan hasil kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Melalui pendekatan ini anak-anak kita yang berkebolehan menulis akan melihat bahawa ruang dan peluang untuk mereka menulis secara lebih teratur ini ada.

Insya-Allah dengan usaha ini mampu membina minat mereka untuk menulis, bukan saja menulis cerpen tetapi menulis dokumen-dokumen ataupun menulis apa saja bentuk penulisan karya pada masa-masa yang akan datang," kata Radzi kepada media selepas melancarkan Bengkel Penulisan Cerpen dan penerbitan Antologi Cerpen Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Presint 16(1), di sini.

Buku 'Semanis Jala Mas' yang mengandungi 207 muka surat itu menghimpunkan 31 Cerpen hasil penulisan murid tahun 5 dan 6 dari sekolah terpilih di Kelantan.

Cerpen itu menonjolkan budaya setempat negeri kelantan sepeeti sastera lisan, seni bina, seni busana, lokasi pelancongan selain menyentuh isu masyarakat, kekeluargaan, pendidikan, jati diri.


(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin)

Media Baharu