fb fb fb fb fb

Belia perlu hayati perjuangan dan pengorbanan tokoh kemerdekaan

ALOR SETAR, 14 Ogos- Golongan belia disaran supaya menghayati dan mencontohi perjuangan tokoh-tokoh terdahulu untuk mencapai kemerdekaan dan sekali gus memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Dekan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Azman Khamis berkata, kemajuan teknologi masa kini tidak harus dijadikan alasan untuk mereka lalai dan lupa jasa dan pengorbanan pejuang yang mempertahankan tanah air.

"Kalau kita melihat bagaimana pengorbanan orang-orang terdahulu, bagaimana pejuang-pejuang terdahulu yang telah (berjuang) memerdekakan tanah air kita yang ada pada hari ini.

"Saya juga menyeru belia-belia di luar sana, berfikiranlah berminda kelas pertama, , janganlah kita mudah terpedaya dengan omong-omong kosong, dan jadilah belia yang dapat memberi impak yang positif kepada negara dari segi ekonominya, sosialnya, dan kita jadilah manusia ataupun belia berminda kelas pertama", katanya.

Beliau berkata demikian semasa 'Program Youth Career@My FutureJobs' sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 di Alor Setar, Kedah.


(Dekan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Azman Khamis)

Media Baharu