SEGAMAT, 20 Jun - Bekalan daging lembu di Johor Bahru mencukupi dan dijangka tidak berdepan masalah peningkatan harga sempena sambutan Sempena Hari Raya Aidiladha.
Menurut Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata,
harga seekor lembu yang dijual antara RM5,000 hingga RM6,000 juga masih munasabah.
"Seramai 2, 576 peternak lembu tempatan turut bersedia membekalkan keperluan haiwan tersebut sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada lembu import.
"Tiada sebarang laporan yang diterima berhubung peningkatan harga lembu yang didakwa mencecah RM7,000 seekor di negeri ini.
"Setakat ini harga jualan lembu di Johor direkodkan sekitar RM5,000 sehingga RM6,000 seekor. Malah di Segamat, ada penternak yang dilaporkan menjual seekor lembu dengan harga RM4,500," katanya selepas Majlis Penyampaian Insentif Ternakan Lembu Pedaging Jabatan Veterinar Johor di Pejabat Veterinar Segamat di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, terdapat 192 pusat penyembelihan di seluruh Johor yang menerima permit kebenaran sembelihan sementara bagi Aidiladha.