fb fb fb fb fb

Bantuan Khas Aidilfitri 2023 negeri Pahang mula diagihkan

(Datuk Seri Wan Rosdy ketika ditemu bual media di Kuantan)

KUANTAN, 12 April- Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2023 kepada penerima layak di Pahang mula disalurkan secara berperingkat hari ini dan dijangka selesai sebelum Aidilfitri.
 
"Ya sebelum Aidilfitri sebab jumlahnya banyak. Ramai yang terlibat dan saya minta supaya ia dapat diselesaikan sebelum Aidilfitri dan ada kaedah-kaedah tertentu. Contohnya pesara kerajaan ramai mana yang boleh kita bagi secara bersemuka. Kita bagi, tetapi  mana yang tak sempat tu mungkin boleh ambil di pejabat daerah," kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kerajaan negeri Pahang bersetuju menyalurkan sumbangan tersebut kepada 24,472 penerima dengan melibatkan peruntukan lebih RM13 juta.
 
Bantuan khas itu melibatkan enam kategori penerima.
 
Selain bantuan khas Aidilfitri, bantuan lain akan tetap dihulurkan kepada penerima yang layak.

(Foto fail)

Media Baharu