fb fb fb fb fb

Bantuan banjir di 3 negeri, kira-kira RM200,000 diperuntukkan MAIM




LUBOK CHINA, 9 Januari- Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan kira-kira RM200,000 bagi membantu penduduk terjejas banjir di tiga negeri, sejak gelombang pertama bencana itu akhir tahun lalu sehingga kini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Md Rawi Mahmud berkata, tiga negeri tersebut ialah Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Antara bantuan yang disalurkan adalah kit makanan asas, air mineral, wang tunai, keperluan solat dan sebagainya.

"Kita mnegharapkan penduduk terjejas banjir ini sekurang-kurangnya mendapat sedikit sebanyak ketenangan apabila kami mengunjungi mereka dan Alhamdulillah, ini tanda kami cakna dalam usaha membantu masyarakat yang terkesan banjir bukan sahaja di Melaka tetapi melibatkan negeri-negeri lain", katanya

Usaha berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Media Baharu