KUALA LUMPUR, 1 Disember- Susulan hujan dan banjir, Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini memaklumkan telah menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang dan Kuala Terengganu.
Langkah itu diambil demi keselamatan pengguna setempat susulan fonomena hujan dan situasi banjir di kawasan berkenaan.
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah di Kem Panji Alam, Marang, Wisma TG Ramly dan Tepoh di Kuala Terengganu.
“Orang ramai turut diingatkan untuk elak penggunaan alat elektrik dan pastikan suis utama ditutup bagi mengelakkan renjatan. Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai,” menurut hantaran tersebut.