fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu, tiga daerah terjejas

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 24 Disember- Hujan lebat sejak pagi semalam mengakibatkan tiga daerah di Terengganu terjejas banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan setakat pukul 10.00 pagi tadi, 340 penduduk terjejas banjir telah dipindahkan ke enam PPS iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai bagi daerah Marang.

"Bagi daerah Dungun pula empat PPS telah dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Pusat, Dewan Serbaguna Kampung Shukor, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Balai Raya Bembam.

"Manakala di Setiu, satu PPS telah dibuka iaitu Balai Raya Kampung Seladang," kata Sekretariat JPBN Terengganu menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM