KUALA TERENGGANU, 24 November- Seramai 229 penduduk masih terjejas akibat banjir di Terengganu setakat pukul 6.00 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Terengganu.
"Daerah Marang mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi, iaitu 192 orang daripada 37 keluarga di empat PPS.
"Sementara itu, di Dungun, seramai 37 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS," menurut kenyataan tersebut.