fb fb fb fb fb

Banjir Sabah semakin pulih, hanya dua PPS masih beroperasi

Situasi banjir di Sabah semakin pulih

KOTA KINABALU, 22 September -Situasi banjir di Sabah semakin pulih dengan hanya dua pusat pemindahan sementara(PPS) masih beroperasi melibatkan daerah Penampang dan Papar.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, setakat pukul 8.00 pagi tadi sebanyak 90 penduduk terjejas banjir daripada daripada 22 keluarga masih berlindung di PPS.

"Di Penampang seramai 82 orang daripada 20 keluarga berlindung di PPS Dewan Kampung Gawir Madsiang. Manakala jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di Papar melibatkan lapan orang sahaja, ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Papar," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF