fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Satu PPS dibuka

FOTO FAIL

IPOH, 10 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Manjung, Perak meningkat kepada 25 orang daripada enam buah keluarga, setakat pukul 4.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, satu pusat pemindahan sementara (PSS) masih beroperasi di kawasan tersebut.

"Kesemua penduduk terjejas ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai yang telah dibuka sejak petang semalam.

"Ia melibatkan penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar," menurut kenyataan tersebut.

TETITIA YUSOFF