fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Empat PPS masih beroperasi

FOTO Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

PERAK, 2 November - Seramai 386 penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan jumlah penduduk terjejas banjir tertinggi iaitu seramai 185 penduduk daripada 55 keluarga.

"44 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS MPTI Langkap.

"100 orang daripada 24 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian," menurutnya menerusi satu kenyataan.

Manakala 57 penduduk terjejas banjir berada di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu.

TETITIA YUSOFF